border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Monday 5 November 2012

CARA MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

Bentuk Muka Oval/Bujur


Dalam menggayakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan yang khusus tetapi bagi yang memiliki bentuk muka ini, anda bebas menggayakan tudung. Anda juga bebas menggayakan selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung ataupun tidak.

Bentuk Muka Petak atau Kotak

Dalam mengenakan tudung, bahagian rahang dapat disembunyikan disebalik tudung  dan menggunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Anda yang mempunyai bentuk muka ini perlu bijak menggayakan selendang.Pilih gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang

Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, anda disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan kebawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Semua jenis penggayaan selendang adalah sesuai.

Bentuk Muka Segi Tiga

Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin kebelakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Penggunaan selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat

Anda yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang, disarankan memilih selendang yang nipis dan menggayakan dengan menggunakan anak tudung bawal agar bentuk muka kelihatan bujur.

No comments:

Post a Comment