border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Monday 5 November 2012

PADANAN WARNA TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT



Warna mempengaruhi mood dan penampilan seseorang. Warna pakaian dan tudung harus sepadan agar penampilan anda tidak kelihatan janggal. Begitu juga dengan warna kulit.

1)      Kulit cerah atau putih
Ø  Elakkan warna-warna pastel seperti biru muda, merah jambu dan coklat lembut kerana ianya lebih memperlihatkan anda lebih pucat. Pilihlah warnawarna terang bagi menyerlahkan seri wajah anda.
2)      Kulit kuning langsat
Ø  Pilihlah warna tropika seperti jingga, merah jambu, hijau, kuning dan biru. Elakkan warna-warna yang kedam agar wajah anda tidak kelihatan kusam atau kurang bermaya.
3)      Kulit sawo matang
Ø  Pilihlah warna ungu, oren, atau merah hati agar anda kelihatan lebih menarik. Elakkan warna-warna gelap seperti kelabu.
4)      Kulit gelap
Ø  Bagi yang berkulit hitam manis, elakkan memilih warna seperti coklat, hitam, merah dan hijau gelap.
Ø  Bagi yang berkulit coklat, panduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan. Antaranya hitam, putih, merah jambu dan biru laut.


(sumber: koleksigorgeous.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment