border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Tuesday 6 November 2012

TIPS MENGENAI PILIHAN WARNA TUDUNG



Pemilihan warna yang sesuai pada tudung dan pakaian dapat membangkitkan mood yang ceria, memberi perasaan yang harmoni dan boleh memberi ransangan dalam melakukan apa-apa tindakan. 

Warna merah:
Dikaitkan dengan beberapa hal seperti romantik, bersemangat, bertenaga, ghairah, kepimpinan, bahaya, marah, perang, revolusi, radikal, agresif. Merah juga boleh meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini boleh digunakan untuk menonjolkan diri, akan tetapi tidak digalakkan menggunakan warna merah jika anda berada dalam keadaan penat dan kemurungan kerana ianya boleh membawa kesan yang tidak elok dalam perhubungan.

Warna biru:
Dikaitkan dengan beberapa hal seperti kedamaian, ketenangan, kebijaksanaan, jujur, aman, harmoni, kecewa dan sedih. Warna biru boleh bertindak melambatkan metabolism dan membuat seseorang berasa tenang. Warna ini menaikkan seri wajah penggunanya.

Warna kuning:
Dikaitkan dengan beberapa hal seperti kegembiraan, kecerdasan, kekayaan, persahabatan, keceriaan, pengecut, ketakutan, sakit, lemah dan licik. Warna ini selain dari boleh menimbulkan kegembiraan, juga mempamerkan mereka yang menggunakan sebagai seorang yang berani mencuba, kreatif dan optimis.

Warna hijau:
Dikaitkan dengan beberapa hal seperti kesihatan, ketenangan, kekayaan, dermawan, kesegaran dan cemburu. Warna yang menenangkan mata ini boleh juga meningkatkan kemampuan melihat dan ianya sesuai digunakan untuk apa saja pakaian bagi seorang wanita. Ianya juga member erti kemesraan dan tidak formal.

Warna ungu:
Dikaitkan dengan beberapa hal seperti kemerdekaan, kemewahan, kebanggaan, kebijaksanaan, berkuasa, misteri dan sihir. Ungu, warna yang dianggap satu gabungan diantara kestabilan warna biru dan juga tenaga atau kuasa warna merah sesuai bagi mereka yang ingin mempamerkan diri sebagai seorang yang dominan dan juga bijaksana. Bagi seorang perempuan, warna ungu yang gelap dan sederhana lebih sesuai.

Warna oren:
Dikaitakan dengan beberapa hal seperti mesra, bersemangat, hangat, kreatif, emosi dan prihatin. Warna yang melambangkan sifat semangat pada kerja dan kehidupan ini membolehkan menurunkan status professional pada mereka yang memakainya dan lebih sesuai digunakan untuk pakaian social. Jika anda berminat menggunakan warna oren, pastikan ianya digandingan dengan warna pakaian yang lebih lembut untuk kelihatan lebih menarik.

Sesuatu warna boleh membuat anda mempamerkan sesuatu sikap yang berlainan dari warna yang lain. Anda sudah nampak bukan betapa pentingnya pemilihan warna yang sesuai mendapatkan reaksi yang positif. 
Sumber: shawlonline.com/ebook.pdf

No comments:

Post a Comment