border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Monday 5 November 2012

TIPS MEMILIH TUDUNG

18 tips memilih tudung:

  • Anda harus pastikan tudung yang dipilih sama saiznya dan sesuai dengan bentuk muka anda.
  • Sebaik-baiknya gunakan tudung yang senang untuk dibentuk bila memakainya dan juga dipadankan dengan apa baju sekalipun. Contohnya, kain kapas dan kain bawal.
  • Untuk tidak kelihatan lebih berusia, elakkan dari memilih warna tudung yang gelap dan kusam.
  • Cuba elak dari memakai tudung yang warnanya sama dengan baju anda.
  • Jika anda meminati tudung yang berkonsep kontemporari, anda boleh gunakan fabrik organza dilapisan luar untuk mendapatkan gaya fesyen al-waheeda.
  • Anda boleh kelihatan lebih ceria dan lembut dengan memakai tudung kosong yang berwarna cerah seperti kuning, merah jambu, biru dan sebagainya.
  •  Jika anda memakai baju yang bercorak atau floral yang berwarna, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sedikit dibaju.
  • Sebagai contoh, katakan baju yang anda pakai terdapat tiga warna iaitu 60% warna biru, 30% warna hitam dan 10% warna kuning. Oleh itu, tudung warna kuning yang paling padan disesuaikan dengan baju tersebut.
  • Bagi mengelakkan tudung yang dililit nampak menggelembung bila dipakai, pastikan tudung dikemaskan rapi di bawah kerongsang.
  • Jika anda berkulit cerah, tudung yang sesuai dipakai adalah yang berwarna ungu, hijau dan lavender. Ianya akan membuat wajah anda kelihatan lebih segar dan elakkan dari memakai tudung yang berwarna merah jambu kerana ianya akan membuat anda kelihatan pucat.
  • Bagi anda yang berkulit kuning langsat pula, memakai tudung berwarna lavender, merah jambu dan biru akan membuatkan wajah anda lebih menyerlah dan berseri. Elakkan dari memakai tudung yang berwarna hijau dan kuning kerana ianya hanya akan membuat anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  •   Bagi anda yang berkulit sawo matang pula, pilihan tudung warna hijau dan kuning adalah sesuai kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah. Elakkan dari memakai tudung yang berwarna kelabu gelap kerana ianya akan membuat wajah anda kelihatan kusam.
  • Jika muka anda berbentuk bulat, sebaik-baiknya elakkan dari memakai tudung yang bercorak penuh. Ianya akan membuat wajah anda tidak terurus.
  • Tidak perlu memakai anak tudung sekiranya kain tudung anda tidak licin dan ianya akan membuat anda lebih selesa.
  • Sekiranya anda menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, sebaik-baiknya gunalah cekak yang nipis dan leper
  • Jika anda menggunakan tudung yang bercorak, sebaik-baiknya pilihlah warna yang tidak banyak menumpu di sekeliling wajah.
  • Bagi tudung yang berkaki di sekelilingnya, yang sebaiknya kaki terletak pada bahagian hujung dan pastikan kawasan kepala tidak bercorak.
  • Elakkan dari memilih tudung yang bercorak abstrak yang berlawanan dengan budaya islam seperti kepala buah catur atau sesuatu yang mempunyai unsur binatang seperti kuda belang atau harimau.
  • Sekiranya anda memilih tudung yang mempunyai corak bunga seperti biasa terdapat pada tudung turki, pastikan baju yang dipakai tidak dicampuradukkan dengan corak bunga jenis kontras.
  •  
  •  
(Sumber: shawlonline.com/TipTudung-Ebook.Pdf)

1 comment: