border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Monday 5 November 2012

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Masalah yang sering dialami oleh wanita yang bertudung ialah:
  1. Kelimumur
  2. Rambut berbau
  3. Kulit kepala berminyak
  4. Rambut gugur
  5. Hujung rambut bercabang dan berbuah

Bagi mengelakkan masalah-masalah di atas berlaku atau berlanjutan anda perlulah mengikut tips-tips seperti berikut:
 
1.      Tidak perlu cuci rambut setiap hari
Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari kerana hujung rambut anda akan menjdai kering. Tetapi bagi yang berpeluh, anda perlu shampoo setiap hari untuk mengelakkan bau peluh di kepala.

2.      Pemilihan tudung fabrik yang sesuai
Bagi yang bekerjaya dan perlu bekerja dalam tempoh masa yang lame, gunakan la tudung yang selesa dan yang membolehkan pengaliran udara ke kepala anda. Jangan memakai tudung yang terlampau tebal dan berlilit.

3.      Elakkan daripada mengikat dan memakai tudung semasa rambut masih basah
Ini akan menyebabkan rambut anda berbuah dan berbau. Pastikkan rambut anda kering dan elakkan membasuh rambut diwaktu pagi.

4.      Gunakan shampoo yang betul
Gunakanlah shampoo yang betul mengikut keadaan rambut anda.

5.      Membuat rawatan rambut
Anda boleh melakukan pelbagai rawatan rambut di salun. Antaranya ialah scalp rambut.



Tips lain:
1)   Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar
2)   Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
3)   Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
4)   Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
5)   Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
6)   Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.
Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
7)   Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
8)   Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

9)  Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.

(Sumber dari http://inichenta.blogspot.com/2011/04/tips-penjagaan-rambut-bagi-yang.html)

No comments:

Post a Comment