border=0

Assalamualaikum

Selamat Datang

  • Pais Button Hijab menawarkan pelbagai produk tudung bawal pelbagai saiz, warna dan reka bentuk.
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat usia pada harga yang berpatutan.
  • Tudung berkualiti dan fesyen terkini..

Monday 5 November 2012

TIPS PENJAGAAN TUDUNG

CARA PENJAGAAN TUDUNG
Cuci dengan tangan. Elakkan daripada membasuh tudung menggunakan mesin basuh. Sebaiknya tudung hanya dicuci dengan tangan dan menggunakan sabun basuh. Hanya dicelup dan dibilas dengan air yang bersih.
Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci.
Gunakan pelembut fabrik. Dengan menggunakan pelembut fabrik, tudung akan lebih lembut dan berbau harum.
Asingkan tudung dengan pakaian  yang lain ketika membasuh. Ini bagi mengelakkan berlakunya percampuran warna terutama bagi tudung yang berwarna putih.
Sidai ditempat yang redup. Tudung tidak perlu terdedah kepada cahaya matahari kerana lama kelamaan tudung akan mudah bertukar warna.
Gosok tudung pada kadar yang tidak terlalu panas.
Cara menyimpan tudung yang ada ‘aiwning’ dengan betul ialah dengan melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam ‘awning’.

No comments:

Post a Comment